Wanita

Aku dah lama tak update blog. Kali ini aku “gatal” jari utk menaip setelah terbaca posting dlm blog cik izo [atau mungkin blh dipanggil abg izo atas ke'otai'an beliau dlm dunia IT. Tahniah kerana membuat aku addicted dgn blog beliau] yg bertajuk “Stupid Fatwa OR They Just Dont Understand?”. Posting itu berkisar mengenai isu pengkid/tomboy yg telah dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan baru2 ini. Mendidih darah aku menengok golongan yang lemah akal fikiran. Namun seketika timbul perasaan simpati. Betapa otak mereka beku. Hati mereka gelap. Tidak dapat melihat penghormatan yang dibawa oleh Islam kepada wanita.

Wanita – wanita sekalian;

Agama itu adalah fitrah kepada manusia. Bagi setiap manusia yang mengaku mereka beragama; apatah lagi seorang Islam; anda perlu mempraktikkan apa yang dituntut dalam agama. Analoginya mudah, bagaimana anda boleh mengaku yang anda seorang ahli persatuan renang jika anda tidak tahu berenang, tidak pula mahu belajar renang, tidak suka berenang atau merasakan renang itu mengancam keselamatan anda. Bagaimana pula yang mengaku Islam tetapi tidak tahu mengenai Islam, tidak pula mahu belajar, tidak suka akan Islam dan merasakan Islam itu sejenis ancaman. Takkanlah, disaat pizza pun boleh ditempah secara online, masih ada lagi makhluk yang mengangkat fahaman Karl Marx yang mengatakan agama adalah candu kepada umat manusia? Kalau ada, aku sukarela utk hantar dia pegi klinik psikiatri.

Perjuangan membela hak asasi wanita itu bagus. Jika landasannya betul. Masalahnya, wujud golongan yang merasakan mereka pandai. Walaupun kita memegang title Dr. atau Prof sekalipun , perlu diingat, ilmu manusia itu terbatas. Setinggi manapun ilmu atau pangkat seseorang, ilmunya masih ibarat setitis air dilautan jika dibandingkan dengan Allah s.w.t yang Maha Besar lagi Bijaksana. Jadi, perlukah menggunakan ilmu Allah yang DIA pinjamkan kepada kita utk menentang hukumNya? Ibarat pinjam duit Mak Kiah, beli pistol, kemudian tembak Mak Kiah guna pistol tersebut. Mengapa perlu mempersoalkan isu Kod Pemakaian Terengganu? Melanyak hukum poligami? Wahai kakak – kakak sekalian, tidak salah kalau nak bertanya. Hatta aku sendiri sering berkata dalam hati, andai aku layak masuk ke syurga, layak melihat wajah Allah, s.w.t, layak bertanyakan sesuatu, perkara pertama yg ingin tanyakan adalah, apakah rahsia disebalik poligami itu? Namun, salurkan perasaan ingin tahu itu dengan cara yang beradab. Dengan manusia pun kita mempunyai etika adab sopan dalam bertanyakan sesuatu, takkan dengan Allah s.w.t yang Maha Besar, kita boleh berkurang ajar? Menolak apa yg tertulis dalam Al-Quran, ibarat menolak hukumNya, menempelak sistem kehidupan yang diaturNya. Bukankah itu kurang ajar namanya? Kalau tidak tahu, belajar. Berfikir. Bukan menempelak sesuka hati!

Sebagai seorang perempuan yang bakal menjadi wanita [sbb aku rasa perangai budak2 lagi..tak layak lagi digelar wanita]… aku merasa sangat bertuah kerana wanita menjadi isu yang diperdebatkan sejak dulu lagi. Sehinggakan isu hak kesamarataan wanita menjadi agenda pokok dalam Konferens Dunia IV di Beijing. Wah… mengapakah “kami” ini sangat penting?

Kerana kami adalah hiasan dunia, kerana dari rahim kami lahir zuriat penyambung generasi Islam, kerana tangan kami mendidik anak-anak yg bakal memimpin dan menegakkan syiar Islam, kerana kami menguruskan rumah tangga, kerana tangan kami yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia.

Utk aku senaraikan satu persatu penghormatan, pembelaan terhadap wanita oleh Islam, aku perlu membuat research terlebih dahulu. Dengan sebab itu, aku tangguhkan dulu perkara itu. Will be coming back dgn posting yg khusus mengenai perkara itu nanti setelah aku selesai wat research itu.

Fikirlah, sebelum Islam, sewaktu zaman jahiliyah, dimanakah letak duduk wanita? Ditanam hidup2, menjadi hamba, alat pemuas nafsu hatta menjadi pembawa sial dalam kehidupan. Bukankah dengan agama Allah ini, kita dipelihara hinggakan keindahan yang Allah beri, adalah utk org tertentu yg berhak sahaja.

Fikirkan

Semoga kita layak bersama Fatima Az-Zahra disana,semoga otak kita tidak beku, semoga hati kita tidak gelap.

Semoga kita tidak menjadi seperti org yg meminjam duit mak kiah itu.

Aminn…

5 Responses so far »

  1. 1

    Izo said,

    Cik Izo atau Encik Izo? :D Panggil CIk nanti orang ingat pompuan plak. Terima kasih diatas link nya. ;)

  2. 2

    En Kid said,

    Hmm..wanita eh..
    sukar atau mudah untuk dimengerti?…

  3. 3

    yanafia said,

    to encik izo : sowie ehh….dah terbiasa panggil sume org dgn “cik”. =p

    to encik kid : wanita tu memang complicated.tapi ada juga yg sempoi.terpulang pada yg Maha Kuasa…yg mana satu DIA akan anugerahkan pada encik kid sbb hanya DIA tahu apa ygterbaik utk hambanya.semoga encik kid dapat seorang yg solehah..amin.. =)

  4. 4

    En Kid said,

    thanks yana..
    semoga kita semua diberikan yang terbaik dan hanya Dia yang Maha Mengetahui..

  5. 5

    ADA SYURGA DIWAJAHMU

    Keketika ada cinta …………yangdusta.
    Keketika ada rindu………….yangpalsu.
    TIADA CINTA SELAIN DIA
    TIADA RINDU SELAIN PADANYA

    Keketika kecintaan pada sesuatu adalah keburukan ……
    Keketika kebencian pada sesuatu adalah kebaikan… …

    Apabila sudah terjanji syurga,
    Apalah ada pada bumi selain tanah……!.
    Apabila bidadari telah menggamit,
    Apalah ada pada wanitanya selain darah…..!
    Apabila rasul telah berjanji….
    Apalah ada pada mahligainya yang pasti rebah….!
    Apabila Allah telah ridza…..
    Apalah ada pada maqluknya yang amat lemah…..!

    Keketika adalah cinta …………D U S T A…….!
    Keketika adalah rindu………….P A L S U…….!

    PADA SYURGA YANG MENGGAMIT
    PADA JANJI DAN RIDZA
    TIADA CINTA SELAIN DIA
    TIADA RINDU SELAIN PADANYA

    –banjaran ajaib 081206, darulaman


Comment RSS · TrackBack URI

Say your words