Maizawati-Akhil Hayy-Waheeda….

Aku mengikuti perkembangan gelora rumahtangga Akhil Hayy. Bermacam2 spekulasi timbul. Lumrah alam. Manusia sibuk membincangkan hal rumahtangga orang. Nak salahkan masyarakat 100% pun, tak kena juga. Kalau dah tahu diri terkenal, maka eloklah jaga tingkahlaku. Kalau tak terkenal pun, harus juga; kerana Allah s.w.t itu Maha Mengetahui.

Terbaru, zaujahnya yang masih cantik jelita tampil memberontak di kaca tv. Dua kali yang aku tonton iaitu di TV9 dan TV3. Walaupun tindakan stesen tv ini dilihat sebagai menangguk di air yang keruh, dan tindakan Maizawati mendedahkan masalah rumahtangganya pada masyarakat dipersoalkan; namun impaknya mungkin juga positif. Tambahan lagi, kelakuan Akhil yang seoalah – olah membuka “bangkai gajah” kepada masyarakat tidak mungkin akan dapat ditutup hanya dengan diammnya Maizawati. Akhil yang membuka aib sendiri. Maka tidak wajar menghukum Maizawati mengaibkannya.

Maizawati mendakwa Akhil sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah. Bermakna sudah tiga bulan Akhil tidak memberikan nafkah batin. (maaf, terbuka sedikit disini). Tapi Maizawati tidak pula membuat apa-apa kenyataan mengenai nafkah zahir. Dalam masa yang sama, Maizawati juga mengeluarkan kenyataan bahawa anak-anak mereka terpaksa bertukar sekoleh kerana tekanan yang dihadapi.

Waheeda pula, dilihat seolah-olah berlagak “suci” dan tidak bersalah. Malah, dia membuat kenyaataan balas yang berbunyi “sarang tebuan jangan dijolok”.  Dia juga seolah-olah mengugut akan menceritakan sesuatu yang buruk mengenai Maizawati sekiranya kesabarannya hilang.

Akhil pula senang; mendiam diri dan memberi kenyataan “no komen”. Samaada dia merasakan berdiam diri adalah cara paling baik untuk menutup aib keluarga/rumahtangga ataupun seharusnya dia dipanggil pengecut?

Ada juga pihak yang mendakwa Maizawati ini bukan isteri yang baik, suka menengking dan mengongkong. Maka, Akhil menjadi seperti sekarang untuk “mengajar” Maizawati.

Walau apa pun, hanya Allah s.w.t mengetahui keadaan sebenar masjid yang hampir runtuh ini.

Kepada Akhil Hayy:

  • Andai benar dakwaan sesetengah pihak bahawa isteri kamu suka menengking dan mengongkong, bukan ini jalan penyelesaiannya. Rasulullah tidak pernah mengajar umatnya “mengajar” isteri dengan meninggalkannya selama berbulan-bulan tanpa nafkah dan membiarkan anak-anak menerima kesan ini.
  • Walau apa pun keadaannya, sekalipun betul kamu ingin mengahwini Waheeda, buatlah dengan cara yang baik. Bukan dengan cara ini. Adakah kamu tidak sedar tindakan seperti ini mencemar imej pendakwah??? (sekiranya kamu layak berada dlm kategori inilah…). Sepatutnya kamu lebih tahu bahaya fitnah, dan cara menjauhinya, dan akan mencuba sedaya upaya untuk tidak melakukan sebarang perkara yang mengundang fitnah. Cubalah rasa sedikit tanggungjawab atas imej pendakwah yang dibawa itu. Takut kalau – kalau “kerana nila setitik rosak susu sebelanga”
  • Mahu berkahwin lebih dari 1 sekalipun, tiliklah dengan lebih dalam diri sendiri. Mampukah kamu? Sedang tuan guru Nik Aziz, yang ilmunya lebih tinggi dah akhlaknya yang lebih wajar dicontohi, cukup dengan 1 sahaja. Kamu? Yang satu pun tidak terurus. Jadi?? Lupikirlahsendiri bak kata Nabil.
  • Walaupun kamu manusia biasa, yang tidak sempurna dan pasti akan membuat kesilapan, kesilapan yang kamu buat ini DAPAT DIELAKKAN jika dari awal kamu menjauhi “bibit-bibit” fitnah itu.

Kepada Maizawati:

  • Sabar dan tabahlah kamu.
  • Cukuplah setakat TV3 dan TV9. Masyarakat faham keadaan kamu yang terdesak, tersepit dan tertekan sehingga kamu bertindak untuk tampil ke depan. Cukup setakat itu pendedahan yang kamu lakukan. Rasanya itu sudah memadai. Bimbang nanti jika terlajak kata akan membuka aib sendiri. Dan ingat! Masyarakat lebih suka menghukum dari memerhatikan, memahami dan mentafsir keadaan!
  • Andai benar benar dakwaan sesetengah pihak bahawa kamu suka menengking dan mengongkong, lakukan sesuatu untuk merubah keadaan itu.

Kepada Waheeda::

  • Dari awal lagi kamu sudah tahu Akhil adalah suami orang. Maka harus kamu menjaga batas pergaulan itu. Waima dengan si bujang sekalipun…kamu tahu batasnya bukan?
  • Kamu pasti tahu, menjalin hubungan rapat dengan suami orang akan mengundang fitnah yang besar. Mengapa kamu tidak mengelak? Mengapa harus juga menjalin hubungan rapat??
  • Sila sedar akan tanggungjawab atas imej muslimah kamu itu. Kamu mencemarkan ketinggian nilai wanita bertudung!!
  • Tak perlu mengugut untuk memburukkan orang lain. Kerana tindakan kamu itu sudah cukup untuk memburukkan lagi maruah kamu yang sudahpun buruk akibat mengkucar-kacirkan rumahtangga orang.

Orang yang baik selalu diuji. Tapi cubalah untuk tidak tewas dengan ujian..

Diharap perkara ini selesai secepat mungkin, Akhil kembali kepangkal jalan, bersama kembali dengan isteri sekarang. Waheeda diam2 dirumah, usah muncul lagi. Diam2 dirumah muhasabah diri dan jaga kelakuan.

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Semoga ALLAH s.w.t mengampuni dosa2 sesiapa sahaja yang berdosa dalam perkara (termasuklah aku yg menulis kisah rumahtangga orang) dan melimpahkan rahmat serta hidayah-Nya kepada kita.

AMIN.

Comments (4) »

Syarikat tidak mengizinkan bersolat

Berikut merupakan satu memo yg dikeluarkan oleh satu syarikat yang tidak membenarkan stafnya bersolat kecuali hari Jumaat. Mungkin ada yg pernah dapat email ini. Tapi aku tetap nak ketengahkan perkara ini melalui blog aku yg tidak seberapa ini..

Persoalannya…..bila jadi perkara ini tak pulak pejuang2 hak asasi manusia mengambil tindakan. Kalaulah penerima memo ini merupakan wanita… adakah SISTERS IN ISLAM nak ambil tindakan memperjuangkan hak wanita tersebut untuk bersolat????????

Wahai Cina, India, dan apa juga bangsa yang tidak beragama Islam; kamu perlu terima hakikat bahawa ISLAM merupakan agama rasmi MALAYSIA. Kamu harus menghormati fakta itu!! Sepertimana kami menghormati hak anda untuk beragama…

Faham????

Don’t mess with our faith.

Leave a comment »

Pembunuh, saya TIDAK akan maafkan kamu!

RAKYAT JELATA….MARI TGK MUKA PEMBUNUH NI.

DAH LAMA AKU NAK UPLOAD TAPI TAK SEMPAT.

ARWAH PUN DAH PERGI HAMPIR DUA TAHUN…BARU SEMPAT AKU NAK UPLOAD.

Inilah wajah pembunuh yang membunuh sahabat aku di Mesir. Tragedi dua tahun lalu masih segar.  Sahabat aku, muhamad ishak, ditikam dan dipukul berkali2 oleh orang gila diatas nih. Sampai sekarang, aku masih tak tahu apakah hukuman yg telah dijatuhkan. Andaikata kamu terlihat dia kat malaysia nih. jangan lari ye… Sila pukul dia dan sepak terajang dia sepuas hati.

Alasan paling bodoh : dia mengalami tekanan perasaan kerana pelajaran dan peperiksaan. Kalau dah tahu tak mampu belajar, jangan belajar la bai….ni tidak..tekan diri sampai gila. Pastu bunuh2 orang. Dasar binatang!

Tgk tempat kejadian pun dah tawu dia ni binatang!

Tempat kejadian:

Maklumat lebih terperinci, klik sini.

Maaf..

Posting ini memang emosi!!

Leave a comment »

Mari melihat CCTV dari seluruh dunia…

Kali ini entri ku agak nakal.. =p

Setelah viva tesis berakhir, aku tak tahu nak buat apa. Berguling2 di atas katil mcm tenggiling kebosanan. Tetibe teringat satu benda yg menyeronokkan.

Aku suka tgk dunia. Tetapi aku tak berduit utk travel. Dan sudah bosan dgn google map dan juga wikimapia.

Jadi aku cuba tgk online cctv. Seronok!!! Ada juga aku termasuk kilang donat. Lapar aku dibuatnya…Camera dalam ofis org pun ada….Huuuu…..Ada juga tersangkut di pelabuhan…tgk kapal2 besar. Semua bergantung pada nasib lah. Jom cuba…..! Sekali sekala jadi hackers seronok juga…

Begini ye kawan2 :

1. Bukak google

2. Taip inurl:/view.shtml pada kotak search, dan search.

3. Pilihlah mana2 satu search result. Nasib la korang nak dapat camera dimana. =)

Selamat mencuba….

Pastikan anda ada quicktime plugins utk format mpeg4 nye video!!

http://67.122.56.18/view/view.shtml -->kilang donat
http://62.254.171.181/view/index.shtml -->kandang bab* 

hehehe =p

Comments (1) »

Apa sudah jadi hai Ustaz Akhil….?

Aku agak kecewa kebelakangan ini dengan cakap2 org mengenai Ustaz Akhil yang telah byk berubah. Andai perubahan itu menghala kepada kebaikan, tidak apa. Tetapi, nampaknya ada orang yang agak kurang pasti apa yang dia lakukan.

Apabila Ustaz Akhil ditanyakan dengan soalan-soalan mengenai desas-desus hubungannya dengan waheeda, dia menafikan. Tetapi kali ini, gambar yang saya perolehi menceritakan perkara sebaliknya.

Sungguh, aku sangat tidak suka akan keadaan ini. Perkara2 seperti bukan sahaja memburukkan imejnya sebagai pendakwah yang berapi2 memperjuangkan Islam atas tiket Pas, tetapi akan juga bisa membawa masalah kepada rumahtangga beliau dan merosakkan imej pendakwah.

Walau apapun alasan yang akan diberikan oleh beliau, aku tetap tidak dapat menerima sebarang alasan untuk perkara seperti. Seharusnya seorang yang “bercakap” mengenai agama dan mengakui dirinya ustaz, perlu lebih peka kepada isu-isu yang melibatkan imej pendakwah. Sepatutnya beliau tahu akan fitnah yang akan timbul jika seorang pendakwah, pada malam hari bersiar-siar bersama dengan seorang bukan muhrim ditepi pantai. Adalah lebih molek kiranya jika yang dibawa kepanntai itu adalah isteri dan keluarga sendiri…

Ustaz, andai kamu tersasar sekali lagi, pulanglah ke pangkal jalan……Tidak ada sebarang alasan dalam perkara ini kecuali kamu, dan hati kamu yang mahukan perkara seperti ini.

SAYA SANGAT MARAH DAN SANGAT KECEWA!!!!!!!!!!!

Comments (9) »